KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, 

GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan 

!!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan 

kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-

kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak 

dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota 

ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang 

Muslim 

sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada 

kamu kepada pemiliknya yang berhak.


Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti 

kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui 

Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala 

amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala 

urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.



Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. 

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-

perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak 

mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.





Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri 

kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka 

menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak 

untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.





Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah 

lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah 

teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas 

mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang 

yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang 

melakukan zina.





Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. 

Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di 

Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan 

kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.





Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim 

yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang 

lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.





Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk 

dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. 


Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali 

kamu 

terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.





Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang 


selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai 

manusia, 

nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah 

disampaikan kepada kamu.





Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang 

sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya 

nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran 

dan Sunnahku.





Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini 

menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang 

yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu 

seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Komentar

Postingan Populer